Want your
own Fotopage?












 
Ladybeads N Needles House®

By: Noraini Abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 13-May-2008 08:28 Email | Share | | Bookmark
Ladybeads N Needles House® Work In Progress

Bora Bora
Pink n Red Markisah
Sharrie
Statistic

TQ to the visitors

Untuk tidak menghampakan pengunjung setia FP, saya preview sikit work-in-progress. Happy viewing ye. Jumpa lagi di lain siaran





Quote:
aliza-TQ
ibeads-TQ..akak dah p melawat. cantik2 dan cepat2 lah tambah koleksi
ummi aliff&aqill-alrite
kak dina-tq laling. u take care too. jgn makan nasik kenduri banyak sangat.
nora-tq dear
nonie-hopefully cepat la siap n cepat boleh tayang. tunggu yerr
kak rozie-menjarala always available. yg lain coming soon..masih dlm process
faheems-akak dah masuk. cantik semuanya..cuba design baru. mesti meletup lagi tu..
ecah-itu glass pearl. cuba cari kat masjid india kedai KLIM tu ada jual. labuci mmg plastik.
azi-alrite. musti war2 kan nanti bila dah siap
jihan-nanti tunggu ye camne agaknya bila dah siap tu
yani-hurmsss. tak tau nak kata apa. bagi link nak tengok. tapi mcm akak kasi tips kan, kalau kita tak de identiti sendiri dalam jahitan manik kita..payah nak pergi jauh. so tepuk dada tanya selera
Elly-nanti akak buat tayangan baju tu ye, supaya jelas dan nyata
Yatie-tq yati. doa mcm ni teramatlah diharapkan. muahhhh
ciklinn-ha ha ha..masuk rumah akak ni bebaik ye..tgk2 kot tercucuk jarum ke..jgn tersepak bekas beads akak yg duk parking atas lantai
sharrie-alhamdulillah
miza-owhhh bagusnya begitu. jait cantik2 yer. tips menjalara ni...jait tu kena berlenggok dan pastikan bunga or sulur paut or daun tu bercantum pada batang pokok
zila-alhamdulillah
ija-kalau kain lembik lapik dgn kertas gam. biasanya kalau kedut tu sbb tarik benang kuat sgt. kena lembut2 sikit tarik benang.

cantik2nya jahitan akak...kwn sya pun ada minta jahitkan paten manjalara..apalg fp akak jd rujukan la....yg pasti dia sgt sukakan jahitan tu!!! Tue 13-May-2008 08:59
Posted by:miza miza1974@yahoo.com.my
Dah lama tak melawat kesini.. makin menjadi2 sekarang yek.. 1st time kenal ngan fotopages ni sebab tersesat kat sini, nak tengok patern2 yang boleh mencuci mata.. memang makin bertambah majuler.... sekarang kita dah ada fp sendiri.... thanks to noraini... Thu 15-May-2008 03:43
Posted by:cho zila  - [Link]
klau nak dapatkan tip jahit manik tabur mcmane?...bila jahit kena lapik bawah kain ke.....sebab bila jahit kain akan jadi berkedut2 skit....tak brape kemas lah..selalunye bhg leher..salam
terima kasih
Thu 15-May-2008 04:53
Posted by:ija shariza  - [Link]
View all 28 comments Add comment


Monday, 5-May-2008 03:48 Email | Share | | Bookmark
Ladybeads N Needles House© Menjalara Nadiah

Lengan
Lengan
Both Lengan
PENGUMUMAN: Boleh dapatkan surat khabar SINAR HARIAN bertarikh 6-5-2008 untuk melihat rencana ttg Ladybeads N Needles House @ layari www.msdnoraini.blogspot.com untuk melihat keratan akhbar tersebut


Assalamualaikum. Jumpa lagi disaat-saat ke busy an yg melanda. Kepala tengah kebanjiran idea baru dan mood nak design pattern baru. Sekali lagi maaf sebab lambat jait...kesabaran anda sangat saya hargai Tunggu taww. OK, ini salah 1 design baru yg ada. Menjalara Nadiah. Segala design mEnjalara tiada kena mengena dengan drama mAnjalara di tv itu yer. Menjalara diberi nama sempena sifat designnya yang menjalar-jalar. Ada nampak kedut yer..ohh don't worry..sila lah iron pada bahagian belakang yer nanti. Maybe ada kedut sikit2 sbb..ye lar..heavy kan

Jumpa lagi






Quote:
ija n azi-ni akak jait for lengan only. maybe next time akak jait for baju pulak yer
sharrie-heh heh heh..teruja sesaje taw
naiz-hi naiz. lama tak dengar berita. tq for visiting
miza-nasib baik sabar menunggu kan. nanti jenguk lagi yer
maya-ini kat bahagian tangan. so kena jait 2 belah depan n belakang. nanti akak tayang edisi besar sikit supaya tak confuse yer
nurain-ohh ok. mmg plan nak jual design ni. tunggu ye
juna-TQ
beautynthebeads-nk kena tgk dulu camne
faheems-TQ. akak dah masuk fp. cuba besarkan sikit photo..baru cepat tarik perhatian
norazihan-this is fresh from the 'oven'. tak sangka yg sama tu part bulat2 sulur paut je. I ingatkan the whole design pandai u buat 'lawak'. sulur paut bulat2 ni pun general sangat ..sape2 pun boleh jahit begitu. good luck

Norazihan ni nak pomote blog ke....x sesuai la... Mon 12-May-2008 08:14
Posted by:Ema
Tumpang promosi...

Saya menerima tempahan membuat set rantai dan gelang mutiara dan juga kristal Swarovski. Mutiara yang digunakan adalah dari jenis mutiara air tawar dari Sabah dan kristal adalah dari jenis Swarovski dari Austria. Harga boleh runding.

http://sebatikgift.blogspot.com
Mon 12-May-2008 08:42
Posted by:sebatik  - [Link]
karnival kenduri - souvenir/doorgift/cenderahati di hari perkahwinan
http://souvenircantik.fotopages.com/
Mon 12-May-2008 09:43
Posted by:gda gda_152@yahoo.com
View all 16 comments Add comment


Tuesday, 29-Apr-2008 02:33 Email | Share | | Bookmark
Ladybeads Collection© Andromeda Blue Coral

Full dress
Leher-Top
Leher-Bottom
Andromeda Blue Coral. This is a very heavy design Sesuai untuk kain yg agak keras. Pilihlah 1-2 tones yang sesuai. Jgn letak batu selagi ada ye..berhenti bila perlu
Jumpa lagi





Quote:
nonie-TQ. amacam projek beading? any progress?
maya-TQ for the comment. Actually mmg purposely nak maintain blue n a bit green themes sbb owner nak heavy but not too daring, so..other colors mmg out of the picture lah. macam baju hitam tapi jahit manik hitam juga..macam tak nampak tapi sgt vogue bila kena any light
zai-TQ
kak zie-sibuk sesibuknya. nak kena manage time properly
beautynthebeads-life mcm tu lah kan. banyak benda nak handle selain beading kan sorry cannot join yr gathering. maybe next time.
maya-akak biasa2 je maya. ramai la yg terror kat luar tu. tak caye..ce jalan2 p butik. lawa2 kan
azi-yes dear. tq for waiting ye.
tina-itu macam manik tabur biasa je. saya sendiri tak buat lakaran kedudukan manik pun
nor-penuhkan setiap 2-3 inci n sebelum parking manik tgk sesuai atau tak. memamg tak tanda...jenuh kalau tanda
azmalinda-baju ada...nanti akak call setelah siap je. tunggu yerrr
glam-cotton tapi bukan 100% cotton. ada mix sikit dgn other material

Andromeda akak smua cantik2 n kemas belaka.Mcmner nk parking manik tu biar sama rata banyaknya.Kna tanda dot2 kat sluruh kawasan ke? Wed 30-Apr-2008 12:10
Posted by:Nor mamarus68@yahoo.com  - [Link]
Kak nor, baju kita apa cerita? Akak bz lagi ker.....sorry la.... Sat 3-May-2008 16:19
Posted by:azmalinda
kak,baju ni ni materialnya apa?cotton ke? Mon 5-May-2008 01:11
Posted by:glamstar  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Monday, 28-Apr-2008 03:17 Email | Share | | Bookmark
Ladybeads Collection© Manik Lalang Kay

Badan
Badan
Badan
Edisi cuci mata dulu ye sebelum saya upload pattern terbaru Pattern ini macam biasalah pattern daripada manik lalang tetapi telah ditukar jenis daun dan bunga labuci yg comel





Quote:
tina anggerik-yes, jait sekali jalan
maya-tq. insyaallah coming soon ada lagi akan akak upload
mas-semua design sendiri n kalau ada tiru mana2 insyaallah akak bagitau sumber tiruan itu. kena lah bagi credit kat owner kan..kena hormat ooo
nor-boleh
lin-kain ni mcm kain tisu or crepe. sgt lembut nanti akak email ye.
husna-TQ for waiting. insyaallah akan upload lagi. sempat ni utk cari idea nak jahit for coming raya kan
ija-TQ
kak sarimah-TQ for waiting. Sorry sbb lambat...ke busy an melanda

at last... kuar gak akak... windunyeeee.... mcm biasa, mantappp... Tue 29-Apr-2008 01:46
Posted by:nonie
mmmm lama tunggu..skala skali kuar..boleh tahan...ada um...................
jom cuci mata kat kita lak...tqvm
Tue 29-Apr-2008 05:05
Posted by:ija shariza  - [Link]
Aduh Nor...terubat rasanya rindu di jiwa... lama betul kusimpan rindu yg semakin sarat ini.... akhirnya kau tiba juaa....!!! macam biasa jga yer...MALATOPPPPP....!!!! Tue 29-Apr-2008 07:34
Posted by:Sarimah asimah6769@gmail.com
View all 9 comments Add comment


Wednesday, 12-Mar-2008 07:57 Email | Share | | Bookmark
Ladybeads Collection© Andromeda Zig Zag

Lengan n bawah baju
Lengan n bawah baju
Lengan n bawah baju
PENGUMUMAN: Assalamualaikum semua. Heh heh heh. Rindu kerrr??? Tunggu sikit masa lagi yer. Tunggu tawww. Buat yg tinggalkan komen dan pertanyaan pun kena tunggu sikit masa jugak...sabar yer.

Sementara nak tunggu tayang baju WIP tu..boleh cuci mata tengok manik tabur andromeda zig zag ye . Jahit di lengan dan hujung baju keliling. Baju kepunyaan Puan Kam dari Lahad Datu. Harap2 Puan Kam suka la ye



Quote:
sarimah-aderrr..kelam kabut sikit minggu ni. tunggu ye nak update stock

kita dah kuarkan advert "Beaders' Gathering".... meh tengok kat FP kita meh... Fri 25-Apr-2008 10:52
Posted by:Beauty&TheBeads  - [Link]
JOM CUCI MATA KAT KITA LAK........ Fri 25-Apr-2008 11:27
Posted by:ija shariza  - [Link]
Kak nor.....baju kita dah siap ker? Akak bz ker....dah lama tak tgk koleksi baru .... Fri 25-Apr-2008 15:18
Posted by:azmalinda
View all 21 comments Add comment


Monday, 3-Mar-2008 11:58 Email | Share | | Bookmark
PENGUMUMAN

Assalamualaikum.
Dengan rasa rendah hati saya ingin mengumumkan bahawa tempahan baru jahitan manik telah dibekukan sementara bagi memberi laluan kepada saya untuk menyudahkan jahitan-jahitan pada baju yang ada. Photo akan diuploadkan seperti biasa. Jumpa lagi





PENGUMUMAN: Sila layari http://msdnorainishoppe.fotopages.com untuk class registration, nota dan Beading n Sewing accessories for sale (termasuk manik jenis jepun) dan http://msdnorainiclass.fotopages.com untuk melihat column students

MAKLUMAN DAN INFO TERKINI
Assalamualaikum & salam sejahtera. Terima kasih kpd anda yg sudi melawat FP saya. Buat anda yg telah menempah jahitan manik, semoga anda berpuas hati di atas perkhidmatan yg diberikan. Semua photo jahitan yg dipaparkan di sini adalah 100% original hasil kerjatangan saya sendiri.


REMINDER:
Saya berbesar hati dapat berkongsi ilmu dan design saya dgn anda peminat jahitan manik. Design boleh ditiru untuk kegunaan anda (itulah tujuan buat tayangan di sini Photo juga boleh simpan sbg koleksi peribadi. Cuma saya sedikit terkilan dgn sikap segelintir mereka yg menyalahgunakan paparan photo disini utk tujuan komersial seperti katalog perniagaan (soft/hard copy) dan sebagainya. Ingin saya maklumkan di sini bahawa photo adalah hakcipta terpelihara dan TIDAK boleh digunakan untuk tujuan komersial. Photo boleh digunakan untuk tujuan lain(selain komersial) dgn syarat mengekalkan nama pemilik asal SERTA tidak memadam 'watermark@tanda nama' pada setiap gambar. Kerjasama anda amat dihargai. Semoga keberkatan berada dipihak saya dan anda. Terima Kasih.

Lokasi: Ampang/KL/Seri Kembangan/Puchong Kinrara/LRT. Luar kawasan liputan: Pos Laju/Express/Daftar. Jahitan juga boleh dibuat berdasarkan budget customer. Sila hubungi saya(sila rujuk tag di atas) untuk keterangan lanjut mengenai lokasi/tempahan/harga.

STATUS TEMPAHAN
-Tutup sementara-


PENGUMUMAN
Kelas jahit manik-Thanks kepada yg berminat utk menyertai kelas manik. For the time being, class open for basic/beginner only. Kelas dah bermula. Sila check nama di http://msdnorainishoppe.fotopages.com. Semoga sabar menunggu.

TERIMA KASIH dan SILA DATANG LAGI


Quote:
azi n sarimah-heh heh heh..sori la tertipu projek sekarang sedikit heavy tu yg lambat sikit nak upload. tunggu sikit masa lagi yer. nak mengubat kerinduan nanti saya preview sikit jer taw..kasi suspen
syafa-alahai. akak ada 2 episode je. tak ada dah kat busana tu


Kak Nor... ahad lepas saya tgk Busana.. tp xde segmen jahitan manik akak.. semua tunjuk psl kat paris je.. harap2 mggu dpt tgk akak semula..
manikku>http://syafaputryiee.fotopages.com/
Tue 4-Mar-2008 08:49
Posted by:syafa businessputryiee@yahoo.com  - [Link]
Hai tuan rumah sudile lawat FP saya lak....
http://ibeads.fotopages.com
Wed 5-Mar-2008 06:34
Posted by:ibeads nbead@yahoo.com
Baru tgk sikit jer dah berdebar2 .....lom tgk full dress lagik tue... .tx sabor rase nyer nih Ani..!!! Wed 5-Mar-2008 10:09
Posted by:Sarimah asimah6769@gmail.com
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 20-Feb-2008 12:05 Email | Share | | Bookmark
Ladybeads Collection© Si Cantik Manis VerII

Leher n Lengan
Leher n Lengan
Leher
Assalamualaikum. Kali ni nak letak entry patten Andromeda Si Cantik Manis VerII. Sama design dengan yg dijahit atas kain songket terengganu, cuma kali ini color manik menggunakan purple and pink dan dihiasi dengan glass pearl bersaiz besar

Jumpa lagi nanti yer..ada banyak lagi yg akan diupload. Bye




Quote:
kak rozi-lama tak nampak?. tq yer
yati-jahit tu tak lama, nak sampai turn tu yg lambat. baju ni rasanya 5 hari jait malam ke pagi.
peminat-kain ni bukan benang hitam. baju ni kain songket pakistan rasanya. tapi boleh je jait patten ni kat benang hitam tu
nanako-welcome
tina-ini about RM100+ juga. macam biasa..pakai matsuno atau miyuki atau miyuku atau toho. cari pengedar yg boleh dipercayai
liza-tq for the doa. aminnnnn
yuwn-nanti kak amoi akan contact ye
wawa-welcome
linda-belum lagi. dah siap sedia tergantung..coming soon
yani-bagus tu. alhamdulillah. teruskan usaha murni itu. tak sia2 kan p kelas. selalu amalkan mesti makin cekapkan? nak raya ni boleh la tambah pendapatan ye. hasben tu..dapat upah je..belanja la MCD ke...mesti dia suka
faheem-borneo tu kak amoi yg p. akak tolong iklan kan je



cun nye....bley email pricelist utk listed pattern....interested la.... Thu 3-Apr-2008 13:47
Posted by:byya_kudos byya_kudos@yahoo.com
salam kak....huhuhu.... sangat cantik design akak...em...baru nak blaja jait....cian cayer...tapi wt bj sendiri..kak....leh tak bagi tip cm ner naik jait manjalara...plzzzz.....tringin sangat nak cuba jait....nati leh tak kak antau email....thanx akak....plzzz ekh... Fri 4-Apr-2008 06:18
Posted by:dude stomey_sha@yahoo.com.my
Dapatkan trend terbaru "Tudung Sulaman Penambah Seri , Penampilan Wajah Anggun Menawan
Tudung Sulaman Tangan 'Smoking'"
http://elyza-biz.fotopages.com
Tue 15-Apr-2008 06:46
Posted by:elyza elyza_biz@yahoo.com
View all 31 comments Add comment


Saturday, 16-Feb-2008 04:17 Email | Share | | Bookmark
Ribbon Embroidery-RE In The House

RE
RE
RE
Assalamualaikum. Lama tak jumpa Semoga semua sihat sejahtera dan dirahmati Allah SWT. Lama tak update baju baru yer Yes, tunggu taw..ada bbrp baju akan saya upload insyaallah minggu depan, Lately sibuk banyak..macam-macam benda nak kena buat. Entry kali ni ada sikit kelainan, jgn risau..bukan tak buat beading dah. Saja nak tukar selera dan memantapkan skill. Buat beading sahaja pun letih juga. Buat RE ni boleh prektis pemilihan colors. Sekarang sedang buat research dan cuba memahirkan diri untuk buat RE pada baju pulak Tengoklah ye..apa yg jadik nanti. RE di bawah ni saya buat lepas attend a basic class from Kak Umisma who is the big sifoo in RE. Nak cuci mata lagi boleh masuk website kat bawah ni. Nak masuk Kak Umi punya website pun ada link kat situ.
www.msdnoraini.blogspot.com
Happy viewing. Jumpa lagi di lain siaran ye

p/s: Esok rasanya ada keluar kat busana-tv9. Pattern Menjalara



Patten Menjalara-Busana Episode 7 Part 3-Bermula di minit ke 6
http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=43&ShowID=229&MenuID=2&TemplateID=2&SubMenuID=1&VideoID=3035&EpID=8755#anchorVid

Quote:
yati-welcome to the club. dah masuk beading world ni..susah nak patah balik taw. happy beading!!
ayus-TQ
umi aliff n aqill-nanti kita cari cara nak main RE kat baju yer. kasi mantap skill dulu
sue-tak payah burn dlm cd, kat website tu kan free je tak kena duit. Elok juga sesekali dapat peluang buat kerja amal kan sbb akak bukan dapat bayaran pun utk program tu . Money is not everything kannnn...
ibead-senang je nak besarkan gambar
[1]-upload mcm biasa
[2]-right clik--properties--copy address(URL) gambar yg nak besarkan. contoh http://1.srv.fotopages.com/1/17410061.jpg
[3] Click button edit entry--ruangan text paste kan address(URL) tadi--select address(URL)--tekan button Img[4] Tukar nombor 1 color merah tu ke 2
Selamat mencuba

kak nor, baju kita dah start buat ke jahit manik tu? Dapat kan baju hari tu?.... Wed 20-Feb-2008 16:53
Posted by:azmalinda azmalinda@yahoo.com
Hi Kak...
Cantik sgt smuanya....suke tengok...
Jom Jenguk2...
Cenderamata Bunga Sabun Exclusive...Cantik Menarik pasti Tertarik..gitu..
http://syokshopping.fotopages.com
Tue 26-Feb-2008 07:44
Posted by:ziela1980 u_ratucollections@yahoo.com.my  - [Link]
cantiknya RE... berkenan lah... Tue 26-Feb-2008 08:15
Posted by:azizah aziiemy@yahoo.com.sg
View all 14 comments Add comment


Saturday, 2-Feb-2008 04:03 Email | Share | | Bookmark
Ladybeads Collection©: White Roses

Full dress
Flower
Flower
Adhoc project Mula jahit dari 9 malam sehingga 5 pagi. Tidur 1.5 jam Esoknya sambung pukul 6.30am sehingga 8.30am. By pukul 9 pagi baju dah sampai ke tangan tuan empunya badan Kak Long Mastura. Pukul 10am saya dah berada di USJ rumah kak umisma utk join kelas Ribbon Embroidery. What a hectic day tapi enjoy sgt belajar RE ni. Lets talk about the dress. Dress ni cantik sangat, dress 1 piece sebenarnya. Tapi sayang tak sempat nak tambah manik tabur kat lengan n bawah baju n tambah juntai2 kat bunga n lengan. Mastura kata..jahit simple n mana yg sempat je. Bunga rose tu ambil drp corak bunga ros pada bhgn lapisan ke 2 dress. Kalau nak nampak cantik lagi, instead off jait manik tali air, boleh tukar ke pintal 3 biji. Daun boleh jahit jenis lebar lagi, mcm daun Sweet Pink Apple Green Markisah. Jumpa lagi dgn projek yg lain yer.

Jangan lupa saksikan demo jahitan Menjalara
Tarikh: 10 Feb 2008 (sumber dr wartawan tv9-tetapi tak mustahil ada pertukaran tarikh..so kena check every sunday la kot )
Masa: 12-1 thari
Busana-TV9-Dekat Di Hati



Bagi yang terlepas Sweet Pink Apple Green Markisah boleh tengok sini yer...sapa dapat jahit boleh war-war kan ye
http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=43&ShowID=229&MenuID=2&TemplateID=2&SubMenuID=1&VideoID=2733&EpID=8753#anchorVid



Quote:
lavender-boleh tiru..no hal
mon n ummi aliff n aqill-vcd tutorial ye. hurms..boleh dipertimbangkan. patern SPAG ni, nota n charts n sample akan keluar tak lama lagi.
angahsu-TQ
nonie-susut ehhh..baru je timbang..sama jekkkk..tak surut2 berat tu
ili-guna 4 colors hijau
nora-chubby..ha ha ha..itu mmg hakikat yg tak boleh dinafikan. bagus...keep on beading. tak sesia datang jauh belajar kan.
sarah-tak sabaq nak tgk baby cari menantu nihhh. boleh-boleh...habaq la nanti naaaa
liney-thousands TQ
yani-ketaq la..tak biasa. nasib baik dah biasa buat kelas, so guna dialog kelas je la. dah siap....habis tu bila nak tunjuk ni. cepat la hantar
aqila-saya belajar kat kak umisma di USJ2. best...tak mahal. baloi la dengan ilmu. nanti lepas pandai sikit nak attend kelas buat rose pulak.
beautynthebeads-celebrity? hmm..belum pk pun nak jadi celebrity ke apa ke. jadi biasa2 pun cukup. terima offer tv9 tu pun sbb nak test keberanian dan kebolehan diri. customer datin ke org biasa ke..sama je. yg penting just enjoyyyyy apa yg kita sedang buat
zue ryn-yes bilangan susunan labuci tak sama. follow instruction kat busana tu. bawah: labuci besar-labuci kecil-manik 3 biji, atas labuci besar-labuci besar-labuci kecil-manik 3 biji

lama sangat tak kasi kak nor comments..wah~cantik lah hasil kerjatangan akak..akak kasi idea kat saya untuk mningkatkan jaitan saya lah..sifu dari jauh...jom cuci mata kat blog saya kak Fri 8-Feb-2008 15:52
Posted by:Shahuzie Collections  - [Link]
akak...saya dah dapat jahit...walaupun sekuntum yang penting saya dapat jahit dah... Wed 20-Feb-2008 07:07
Posted by:jihan
salam... kak nor, saya dah cuba buat bunga mcm kat Busana tu... tp nak tanya sikit, bilangan labuci yg mengelilingi bulatan tu sama byk tak ngan labuci kat bhgn tgh tu? sbb saya rasa bentuknya lain mcm je... bantu lah saya... Mon 10-Mar-2008 05:07
Posted by:Zue Ryn zuraiha@mara.gov.my
View all 20 comments Add comment


Tuesday, 22-Jan-2008 04:07 Email | Share | | Bookmark
Demo Seni Jahitan Manik

Tarikh: 3 Feb 2008
Masa: 12-1 thari
Busana-TV9-Dekat Di Hati


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semoga semua sihat sejahtera mental dan fizikal Ramai dah bertanya, bila nak update FP ni. Ha ha ha..dah bersawang yer?. Yes..yes..coming soon. Ada banyak project ni... Ohh ye..saya cuba reply all comments di FP ye..mungkin ambil masa sikit. Harap dapat bersabar dan memahami.TQ. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, awal-awal tahun berbagai perkara yg menarik telah berlaku. Ada menggembirakan dan ada yang melukakan hati, namun Allah SWT itu maha pemurah dan penyayang. Setiap kesedihan, kelukaan dan kesabaran pasti digantikan dengan kegembiraan yg berlipat kali ganda

1..2..3 rolling Bagi anda yg berminat dengan design Sweet Pink Apple Green Markisah dan Menjalara, insyaallah anda boleh saksikan demo di TV9-Rancangan Busana pada Ahad pukul 12-1 thari. Segmen jahitan manik akan ke udara selama 5-8 minit lebih kurang 10-15 minit sebelum rancangan berakhir. Tarikh siaran..saya akan umumkan kemudian sebab belum dapat exact date. Nampaknya saya memang 'camera shy' Tak ada bakat langsung..menggigil2 tangan nak masukkan manik. Apa-apa pun..itu semua very wonderful xperience. Tapi tak apa...don't pay attention to me..just tengok betul2 demo jahitan manik tu ye. Itu lebih penting. Akhir kata...Happy Beading to everybody. Jumpa lagi

P/S: Today is my 8th years wedding anniversary. I love u beb. TQ for being my everything


Quote:
serina~tq. insyaallh..nanti akak war2 kan ye
maetty~no problem, akak izin kan
ita~pls check email yer.
mak farhah~tq very much for the doa
rita n kids~TQ hepi besday to yr sis juga
kak pin~ha ha ha..malu kat kamera je. 20 org nanti akak kan adaaaaa
mas~tq mas

akak jgn lupa add kat sy tau....tiap2 mggu tngok Busana tv9..takut t'tinggal pulak, smpai gaduh dng adik..dia nak tngok melodi..last2 sy terus beli satu lg TV.....utk relax dlm bilik..jap tngok busana, jap tngok melodii...2 dlm 1
http://manikmanik.fotopages.com
Tue 29-Jan-2008 07:31
Posted by:ija
Hi Kak Nor...bila date akak kuor TV tu?
x sabor nak tgok ni...
jom cuci mate...tp still dlm pembikinan...
http://syokshopping.fotopages.com
Tue 29-Jan-2008 10:09
Posted by:ziela u_ratucollections@yahoo.com.my  - [Link]
x saba nak tunggu esok Sat 2-Feb-2008 04:22
Posted by:zai butterflyhenna@gmail.com  - [Link]
View all 26 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.